Wednesday, February 6, 2008

Pil Pelangsing Pembawa Maut (Produk pelangsingan badan)

produk pelangsingan badan

Produk pelangsingan badan merupakan satu kaedah bagi mengembalikan bentuk tubuh badan kepada lebih menarik. Kebanyakan wanita memilih produk pelangsingan badan dari pelbagai pengeluar barangan kecantikan yang yang banyak di dalam negara. Selain berbagai suplemen, kini makin banyak ditawarkan berbagai produk pelangsingan badan dengan cara peluruhan lemak yang amat bervariasi. Ada yang melalui pengaruh panas, getar, hingga infra merah. Sejauh mana produk tersebut boleh dipertanggungjawabkan dan bebas dari kesan sampingan.

Untuk apakah produk pelangsingan badan? Sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.

Tentang kes Produk pelangsingan badan yang telah menyebabkan seorang warga Singapura meninggal dunia berikutan hatinya gagal berfungsi, manakala seorang lagi terpaksa menjalani pemindahan hati. Sekurang-kurangnya ada 13 lagi kes berkaitan sedang dirawat di hospital. Apakah ini satu trend wanita masa kini, sanggup bergadai nyawa untuk memiliki tubuh yang langsing? Walau apapun persoalannya, amalan ini bukan sahaja merugikan malah tanpa disedari boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri.

Dalam kejadian di atas, produk pelangsingan badan iaitu pil langsing herba yang mereka gunakan telah dikesan mengandungi “fenfluramine” dan ‘nicotinamide” yang telah diharamkan penggunaan dan penjualannya hampir di seluruh dunia.

Untuk mengetahui apakah itu Fenfluramin dalam produk pelangsingan badan ikuti artikel seterusnya.

Nota: Sumber produk pelangsingan badan ini diambil dari Bulletin Umum Pusat Racun Negara, USM

produk pelangsingan badan

No comments: